Iran wujudkan zon pengawasan bagi kapal melalui Selat Hormuz

Imej laman X – Persian Gulf Strait Authority

ISTANBUL, 21 Mei – Pihak Berkuasa Selat Teluk Parsi Iran mengumumkan penubuhan zon pengawasan maritim di Selat Hormuz yang menghendaki kapal berkoordinasi dengan pihak berkuasa itu serta mendapatkan kebenaran sebelum melalui laluan perairan strategik berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Zon pengawasan merangkumi dari Kuh-e Mubarak (Iran) ke selatan Fujairah (UAE) di pintu masuk timur hingga hujung Pulau Qeshm ke Umm al-Quwain di barat.
  • Pihak berkuasa menerbitkan peta yang menunjukkan sempadan dan kawasan zon pengawasan baharu.
  • Ketegangan meningkat selepas serangan AS dan Israel pada Februari, diikuti tindakan balas Tehran serta penutupan Selat Hormuz.
  • Gencatan senjata 8 April dicapai melalui pengantaraan Pakistan; rundingan Islamabad gagal capai persetujuan berkekalan; Trump melanjutkan gencatan sambil mengekalkan sekatan kapal.

Dalam kenyataan yang disiarkan di platform X pada Rabu, pihak berkuasa itu menggariskan sempadan pengurusan dan pengawasan selat berkenaan.

Menurut pihak berkuasa itu, zon berkenaan meliputi kawasan dari Kuh-e Mubarak di Iran hingga ke selatan Fujairah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di pintu masuk timur selat, serta dari hujung Pulau Qeshm milik Iran hingga ke Umm al-Quwain di UAE di pintu masuk barat.

Pihak berkuasa itu turut menerbitkan peta yang menunjukkan zon baharu yang ditetapkan itu.

Ketegangan serantau meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari lepas.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan yang menyasarkan Israel serta sekutu AS di Teluk, selain penutupan Selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal mencapai persetujuan berkekalan.

Presiden AS Donald Trump kemudian melanjutkan tempoh gencatan senjata itu tanpa had masa sambil mengekalkan sekatan ke atas kapal yang menuju ke atau dari pelabuhan Iran melalui laluan air strategik berkenaan. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.