
TEHRAN, 22 April – Iran dilaporkan tidak akan menyertai rundingan dengan Amerika Syarikat yang dijadual berlangsung di Islamabad, Pakistan, esok.
RINGKASAN BERITA AI
- Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan keputusan muktamad untuk tidak menyertai rundingan.
- Iran memaklumkan kepada pihak Amerika melalui perantara Pakistan bahawa mereka tidak akan hadir.
- Iran menganggap rundingan tidak berkesan kerana isu termasuk sekatan AS terhadap pelabuhan negara itu.
Menurut agensi berita Tasnim, Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan keputusan itu adalah muktamad.
“Iran telah memaklumkan kepada pihak Amerika melalui perantara Pakistan bahawa mereka tidak akan hadir di Islamabad,” menurut laporan itu.
Tambah laporan berkenaan, tiada sebarang petunjuk bahawa Iran akan menyertai rundingan tersebut dalam masa terdekat.
Iran turut menganggap rundingan itu sebagai tidak berkesan, susulan beberapa isu termasuk sekatan Amerika Syarikat ke atas pelabuhan negara itu. – AGENSI