Iran isytihar tentera laut, udara Argentina pengganas

Foto AFP

TEHRAN, 11 November – Kementerian Luar Iran mengisytiharkan Tentera Laut dan Tentera Udara Argentina sebagai organisasi pengganas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tindakan Iran merupakan tindak balas kepada keputusan Buenos Aires pada Mac yang mengisytiharkan IRGC sebagai organisasi pengganas.
  • Buenos Aires menuduh IRGC menyokong Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan.
  • Argentina mendakwa IRGC terlibat serangan AMIA 1994 yang membunuh 85 orang dan mencederakan ratusan.
  • Undang-undang Iran 2019 membenarkan tindakan balas terhadap negara yang mengisytiharkan angkatan tenteranya pengganas; impak belum pasti.

Tindakan itu merupakan tindak balas Tehran terhadap keputusan Buenos Aires pada Mac lalu yang mengisytiharkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebagai organisasi pengganas atas dakwaan menyokong kumpulan Hezbollah yang berpangkalan di Lubnan.

Buenos Aires mendakwa IRGC terbabit dalam serangan ke atas Pusat Komuniti Masyarakat Yahudi (AMIA) di Buenos Aires pada 1994 yang mengorbankan 85 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Terdahulu, pada tahun 2019, Iran meluluskan undang-undang yang membolehkan negara itu mengambil tindakan balas terhadap mana-mana negara yang mengisytiharkan angkatan tenteranya sebagai organisasi pengganas.

“Tehran menganggap Tentera Laut Argentina dan Tentera Udara Argentina tertakluk kepada undang-undang berkenaan serta peruntukannya, dan mengisytiharkan kedua-duanya sebagai organisasi pengganas,” menurut kenyataan kementerian itu.

Bagaimanapun, kesan pengisytiharan berkenaan masih belum dapat dipastikan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.