China seru semua pihak terutama Israel, hentikan permusuhan

BEIJING 19 Jun– Presiden China Xi Jinping menggesa semua pihak terutama Israel menghentikan permusuhan.

Beliau berkata demikian ketika bercakap menerusi panggilan telefon bersama Presiden Rusia Vladimir Putin.

“Pihak-pihak yang terlibat konflik, terutamanya Israel, harus menghentikan permusuhan secepat mungkin untuk mengelakkan peningkatan kitaran dan tegas mengelak perang yang berlanjutan,” kata Xi, lapor media negara China.