Beberapa orang maut dan cedera dalam insiden bas langgar hentian

STOCKHOLM, 15 November – Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan cedera dalam insiden sebuah bas dua tingkat melanggar hentian bas pada petang jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa orang dilaporkan maut dan cedera apabila bas dua tingkat melanggar hentian bas petang Jumaat.
  • Polis menerima laporan awal pada pukul 3.23 petang dan masih menyiasat punca kejadian.
  • Pemandu bas ditahan; siasatan dibuka sebagai bunuh tanpa niat sementara soal siasat dijalankan.
  • Perdana Menteri Ulf Kristersson menyatakan kesedihan dan berfikiran bersama mangsa serta keluarga.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa belum dikemas kini.

Polis menerima laporan pertama berhubung kejadian pada pukul 3.23 petang.

Jurucakap polis, Nadya Norton memberitahu punca kemalangan dalam siasatan dan setakat ini polis tidak mempunyai maklumat yang menunjukkan insiden itu sebagai satu serangan.

“Masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa dan saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Pemandu bas telah ditahan dan satu siasatan bunuh tanpa niat telah dibuka sebagai prosedur biasa.

“Kami perlu menyoal siasatnya sebelum menentukan sama ada dia akan dibebaskan atau ditahan,” kata Norton kepada AFP.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson dalam kenyataan di X menzahirkan rasa sedih atas kejadian tersebut.

“Saya menerima berita tragis bahawa beberapa orang telah maut dan cedera. Kami masih belum mengetahui puncanya, tetapi ketika ini saya memikirkan mangsa serta keluarga mereka,” ujarnya. – AFP