
WASHINGTON, 15 April – Amerika Syarikat (AS) telah menghentikan sepenuhnya perdagangan ekonomi keluar masuk Iran melalui laut susulan pelaksanaan sekatan maritim oleh tenteranya.
- Menurut CENTCOM, kira-kira 90 peratus ekonomi Iran bergantung kepada perdagangan antarabangsa melalui laluan laut.
- Sekatan pelabuhan AS dilaksanakan selepas rundingan hujung minggu untuk menamatkan konflik gagal capai kata sepakat.
- Iran menutup Selat Hormuz sejak 28 Februari; konflik turut menyebabkan kira-kira 5,000 kematian dan ancam penghantaran minyak global.
Menurut Komando Pusat AS (CENTCOM), kira-kira 90 peratus ekonomi Iran bergantung kepada perdagangan antarabangsa melalui laluan laut.
Langkah itu diambil selepas rundingan hujung minggu bagi menamatkan konflik Iran gagal mencapai kata sepakat, sekali gus mendorong Washington melaksanakan sekatan ke atas pelabuhan Iran.
Presiden AS, Donald Trump berkata rundingan baharu berkemungkinan disambung dalam tempoh dua hari di Pakistan bagi mencari jalan penyelesaian konflik berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Iran dilaporkan telah menutup Selat Hormuz sejak konflik tercetus pada 28 Februari lalu, yang merupakan laluan strategik utama bagi penghantaran minyak dan gas global.
Konflik tersebut setakat ini dilaporkan telah mengorbankan kira-kira 5,000 nyawa. – AFP