Xi, Lavrov bincang isu Ukraine, konflik AS-Iran di Beijing

Menteri Luar Russia Sergei Lavrov menghadiri pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Beijing/Foto REUTERS

BEIJING, 15 April – Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov di Beijing hari ini sempena lawatan rasmi dua hari pegawai kanan Moscow itu ke China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rundingan Wang Yi dan Lavrov fokus kepada konflik Ukraine, ketegangan AS-Iran dan persiapan sidang pemimpin tahun ini.
  • China dan Russia mengisytiharkan hubungan strategik tanpa had pada Februari 2022 semasa lawatan Putin ke Beijing.
  • Pengisytiharan itu dibuat beberapa hari sebelum Moscow melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.
  • Putin beberapa kali menyifatkan China sebagai sekutu dalam hubungan dua hala yang semakin rapat.

Pertemuan berlangsung di Great Hall of the People, sehari selepas Lavrov mengadakan rundingan dengan Menteri Luar China, Wang Yi, yang memfokuskan kepada konflik Ukraine, ketegangan Amerika Syarikat-Iran serta persiapan sidang pemimpin kedua-dua negara yang dijangka berlangsung tahun ini.

China dan Russia sebelum ini mengumumkan hubungan strategik “tanpa had” pada Februari 2022 semasa lawatan Presiden Russia, Vladimir Putin ke Beijing.

Hubungan strategik itu diumumkan beberapa hari sebelum Moscow melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Putin turut beberapa kali menyifatkan China sebagai sekutu dalam hubungan dua hala yang semakin rapat antara kedua-dua kuasa besar itu. – REUTERS