
WASHINGTON, 13 Jun – Tentera Amerika Syarikat mendakwa Iran telah melancarkan beberapa dron serangan sehala yang menyasarkan kapal dagang yang melalui Selat Hormuz.
- CENTCOM melaporkan tentaranya memintas dan menembak jatuh semua sasaran.
- Laluan perkapalan masih berjalan normal; Selat Hormuz kekal terbuka untuk perdagangan antarabangsa.
- Insiden berlaku ketika AS dan Iran dikatakan hampir mencapai perjanjian draf awal untuk menamatkan konflik.
Dalam satu hantaran di platform X, Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) berkata tenteranya telah memintas dan menembak jatuh kesemuanya.
CENTCOM turut memaklumkan lalu lintas perkapalan masih berjalan seperti biasa dan laluan perdagangan antarabangsa utama itu kekal terbuka.
Kejadian ini berlaku ketika Amerika Syarikat dan Iran dilaporkan memberi isyarat bahawa satu perjanjian untuk menamatkan konflik antara kedua-dua pihak semakin hampir, dengan kedua-dua negara dikatakan bersetuju terhadap draf awal perjanjian itu.
Konflik Asia Barat itu telah menjejaskan aktiviti perkapalan di Selat Hormuz, laluan penting minyak dan gas dunia yang menyumbang kira-kira 20 peratus perdagangan global.-REUTERS