Angka korban Lubnan meningkat ke 2,951 akibat serangan Israel

Foto REUTERS

BEIRUT, 16 Mei– Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam Lubnan pada Jumaat memaklumkan angka korban rakyat Lubnan akibat serangan Israel meningkat kepada 2,951 orang sejak 2 Mac.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Operasi Kecemasan melaporkan 8,988 orang cedera akibat serangan Israel.
  • Serangan di beberapa pekan Tyre mencederakan sekurang-kurangnya 37 orang, termasuk kakitangan perubatan, wanita dan kanak-kanak.
  • Lebih 440 sasaran Hezbollah di selatan diserang, lebih 220 pejuang kumpulan itu dilaporkan terbunuh.

Menurut pusat itu, seramai 8,988 orang lagi dilaporkan cedera dalam tempoh yang sama.

Serangan pada Jumaat di beberapa pekan dalam daerah Tyre pula mencederakan sekurang-kurangnya 37 orang termasuk kakitangan perubatan, wanita dan kanak-kanak.

Lebih 440 sasaran Hezbollah di selatan Lubnan diserang dalam tempoh seminggu lalu, serta membunuh lebih 220 pejuang kumpulan itu.

Rejim Israel memberi alasan bahawa serangan itu menyasarkan tapak dron serta depoh senjata Hezbollah yang menyimpan peluru berpandu anti kereta kebal dan peluru mortar.

Hezbollah bertindak mempertahankan sekutunya pada 2 Mac dengan membedil roket ke arah Israel, ekoran ketegangan yang memuncak daripada perang AS-Israel menentang Iran. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.