
MADRID, 17 Ogos – Seorang anggota tentera maut pada Ahad, selepas kenderaan yang dinaikinya terbalik ketika dalam operasi memadam kebakaran hutan di Aragon.
- Presiden Aragon Jorge Azcon menyampaikan takziah kepada Leftenan Jeneral Unit Kecemasan Tentera dan keluarga.
- Sepanyol berdepan cuaca panas ekstrem yang mencetus kebakaran hutan skala besar.
- Kerajaan mengerah pasukan keselamatan dan mendapatkan bantuan dari Perancis untuk operasi pemadaman.
- Angin kencang dan suhu melampau menyukarkan operasi; kebakaran merebak 16,600 hektar dan memaksa lebih 1,000 penduduk dipindahkan.
Presiden wilayah Aragon, Jorge Azcon menerusi hantaran di ‘X’ memaklumkan telah menerima laporan mengenai insiden berkenaan dan mengucapkan takziah kepada Leftenan Jeneral Unit Kecemasan Tentera (UME) serta keluarga mangsa.
“Saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota UME serta ahli keluarga mangsa yang ketika ini berdepan situasi sukar,”katanya.
Sepanyol berdepan cuaca panas ekstrem sehingga mengakibatkan kebakaran hutan yang memaksa kerajaan mengerah pasukan keselamatan termasuk mendapatkan bantuan dari Perancis bagi membantu operasi pemadaman.
Angin kencang serta suhu melampau mengakibatkan operasi berdepan kesukaran dengan kebakaran telah merebak merentasi kawasan seluas 16,600 hektar serta memaksa lebih 1,000 penduduk dari kampung sekitar dipindahkan.-AFP