Aksi dramatik penunggang motosikal terpelanting masuk bas

Penunggang motosikal menunduk tanda maaf kepada penumpang bas (foto kecil)/ Reuters

BUGA, 3 September- Seorang penunggang motosikal terlibat dalam satu kemalangan dramatik apabila terpelanting ke dalam sebuah bas selepas merempuh sisi kenderaan itu di Buga, Colombia, Ahad lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tercampak melalui pintu terbuka ketika motosikal melanggar bas yang sedang bergerak.
  • Media tempatan melaporkan dia dipercayai melanggar lampu merah sebelum kejadian.
  • Penunggang keluar dari bas, memeriksa motosikal rosak kemudian meninggalkan lokasi; identiti dan keadaan mangsa tidak didedahkan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berkenaan tercampak menerusi pintu terbuka ketika motosikalnya melanggar bas yang sedang bergerak.

Menurut laporan media tempatan, dia dipercayai melanggar lampu merah sebelum kejadian.

Penunggang itu kemudian dilihat keluar dari bas dan memeriksa motosikalnya yang rosak sebelum meninggalkan lokasi.

Identitinya belum didedahkan dan tiada maklumat lanjut mengenai keadaan penunggang atau penumpang bas dilaporkan. -Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.