GAZA CITY, 29 Oktober – Serangan terbaharu tentera Israel ke atas wilayah Palestin meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa, dan mencederakan puluhan yang lain.
RINGKASAN BERITA AI
- Pasukan pertahanan awam Gaza masih mencari mangsa yang cedera dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
- Serangan udara Israel diteruskan walaupun gencatan senjata didakwa masih berkuasa.
- Israel menuduh Hamas menyerang anggotanya dan melanggar gencatan senjata sebagai alasan serangan.
- Kesan serangan menyebabkan kehilangan keluarga dan kesedihan mendalam dalam kalangan penduduk Gaza.
- Laporan berita memetik kenyataan jurucakap rasmi serta agensi antarabangsa sebagai sumber maklumat.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Basal berkata, pihaknya ketika ini masih bertungkus lumus untuk mengesan mangsa yang cedera dan terkorban bawah runtuhan bangunan.
Tentera Zionis mula melancarkan serangan udara sejak beberapa hari lepas meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa selepas menuduh kononnya Hamas menyerang anggotanya dan mencabuli gencatan senjata. – AFP