fb fb fb fb fb

Pelabur asing beli bersih ekuiti tempatan RM798.3 juta minggu lepas

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 September- Pelabur asing muncul pembeli bersih ekuiti tempatan untuk minggu keempat berturut-turut, dengan dana bernilai RM798.3 juta.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata, belian bersih direkodkan setiap hari dagangan minggu lepas, dengan aliran masuk tertinggi dicatatkan pada Rabu, berjumlah RM286 juta.

MIDF menerusi laporan aliran dananya memaklumkan, perkhidmatan kewangan, utiliti dan penjagaan kesihatan merupakan tiga sektor teratas yang mencatat aliran masuk asing bersih tertinggi.

Sebaliknya, produk dan perkhidmatan pengguna, produk dan perkhidmatan perindustrian serta teknologi merekodkan aliran keluar asing bersih tertinggi.

Sementara itu, institusi tempatan menjual bersih RM960.5 juta minggu lepas, manakala peruncit tempatan adalah pembeli bersih dengan jumlah dana RM162.2 juta.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE