KUALA LUMPUR, 29 Januari- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi dalam dagangan awal hari ini.
Pada pukul 9.30 pagi, kontrak bulan semerta bagi Januari 2024 dan Februari 2024, masing-masing naik 7.0 mata kepada 1,511.5 dan 1,514.0, Mac 2024 menambah 6.5 mata kepada 1,498.5 dan Jun 2024 meningkat 4.5 mata kepada 1,499.0.
Jumlah dagangan sebanyak 6,159 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 68,290 kontrak.
Pada pukul 9.30 pagi, FBM KLCI menambah 6.26 mata kepada 1,512.54 daripada 1,506.28 pada Jumaat lepas.- BERNAMA