fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI tinggi dalam dagangan awal

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 September- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya tinggi walaupun kadar asas pasaran tunai lemah.

Pada pukul 9.48 pagi, kontrak September 2024 menambah 2.0 mata kepada 1,662.0, Oktober 2024 naik 3.0 mata kepada 1,665.5, Disember 2024 meningkat 1.0 mata kepada 1,669.0, bagaimanapun Mac 2025 merosot 0.5 mata kepada 1,654.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,696 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,506 kontrak.

FBM KLCI susut 2.38 mata kepada 1,658.21 selepas 48 minit dagangan.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM