fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berikutan permintaan baharu terhadap dolar AS, kata penganalisis.

Mereka berkata dolar AS meningkat semula selepas Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan data yang kukuh, mengurangkan jangkaan potensi penurunan kadar faedah AS.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 merosot kepada US$2,344.0 setiap auns troy daripada US$2,365.20 setiap auns troy pada Khamis.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024, masing-masing ditutup rendah kepada US$2,354.60 setiap auns troy berbanding US$2,375.90 pada Khamis.

Jumlah dagangan meningkat kepada 52 lot daripada 16 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 85 kontrak daripada 51 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 23 Mei, harga emas fizikal berada pada US$2,357.35 setiap auns troy.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN