fb fb fb fb fb

Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas dengan UAE- Zafrul

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

ABU DHABI, 6 Oktober- Posisi Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku rakan dagang Malaysia di Asia Barat dilihat mampu meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambahnya kedudukan UAE sebagai pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam dilihat sangat signifikan sebagai laluan negara menembusi pasaran di rantau ini.

"Sehingga kini, pelaburan yang dilaksanakan dari UAE berjumlah sehingga US$388.8 juta (RM1.48 bilion) dalam pelbagai projek pembuatan di Malaysia,” katanya pada pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pemimpin industri di UAE pada Khamis.

Hadir sama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.

Asean menawarkan potensi besar berikutan mempunyai penduduk sebanyak 678 juta dan kombinasi Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah US$3.7 trilion pada 2022.


(Pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan
pemimpin industri di UAE pada Khamis)

 

Media Baharu