fb fb fb fb fb

Kontrak hadapan KLIBOR kekal tidak diniagakan pada awal dagangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Julai- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan semasa sesi awal dagangan pada Selasa.

Pada pukul 9.00 pagi, Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing disandarkan pada 96.45.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA