KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Kerjasama antara negara anggota ASEAN dan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) membantu mengukuhkan sektor maritim, tenaga dan air serta pembangunan lestari secara dua hala.
Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpandangan Malaysia mampu menerokai keupayaan modal dan teknologi yang dimiliki negara GCC melalui kerjasama ini.
"Negara GCC mempunyai keupayaan modal dan teknologi yang boleh dikongsi dengan negara-negara ASEAN untuk membangun dan berkembang.
"Negara GCC merupakan negara membangun dengan pesat dalam dua dekad yang lepas mereka ke hadapan mendahului negara ASEAN," katanya kepada RTM.
Tambah Dr. Barjoyai, kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke sidang kemuncak GCC-ASEAN menunjukkan kepentingan Malaysia dalam sektor ekonomi khususnya pelaburan sekaligus menjadi satu titik tolak besar kepada Malaysia.