fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 April- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Isnin dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM28.46 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.55 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion setiap satu masing-masing bagi 30 hari dan 91 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta komoditi bercagar Murabahah bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM30.5 bilion dan tender semalaman Murabahah untuk RM19.1 bilion.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN