fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Khamis susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.42 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.32 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 92 hari.

BNM juga telah mengumumkan ketersediaan kemudahan repo terbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.4 bilion dan tender semalaman murabahah sehingga RM19.3 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA