fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

BANK NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 16 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Selasa, didorong oleh langkah operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan sebanyak RM26.65 bilion manakala dana Islam sebanyak RM15.63 bilion.

Hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM300 juta masing-masing bagi tempoh tujuh hari dan 14 hari selain tender repo berbalik bernilai RM1 bilion selama 30 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat itu akan mengendalikan tender semalaman konvensional sehingga RM27.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM15.6 bilion. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA