fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM27.36 bilion dalam sistem konvensional dan RM21.55 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan 14 hari serta dua tender repo berbalik bagi 31 hari dan 92 hari.

BNM turut mengumumkan tender Qard bernilai RM300 million untuk tujuh hari dan Bil-Bil Islam Antara Bank Bank Negara (BNIBI) bernilai RM1 bilion bagi 31 hari, ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM21.3 bilion untuk tender semalaman murabahah. - BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI