fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM25.29 bilion dalam sistem konvensional dan RM22.54 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM400 juta untuk tujuh hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion untuk 31 hari dan 90 hari.

Ia turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.3 bilion dan RM22.1 bilion untuk tender semalaman Murabahah. -BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI