KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM31.11 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.80 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM3.0 bilion untuk tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 31 hari.
BNM turut menjalankan tender repo berbalik semalaman bernilai RM1.0 bilion untuk tiga hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.6 bilion dan RM18.8 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA