
JOINT BASE ANDREWS, 11 Oktober —Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengecam serangan Huthi ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang pada Sabtu.
- Trump akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman, mengenai insiden itu.
- Serangan itu berlaku ketika ketegangan serantau semakin meruncing di Asia Barat, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan.
- Pihak berkuasa melaporkan 309 orang cedera, termasuk beberapa dalam keadaan serius.
- Pihak berkuasa Arab Saudi dan sekutu antarabangsa menilai kerosakan serta mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan lapangan terbang.
Bercakap kepada pemberita di sini, Trump mengesahkan bahawa beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, berhubung insiden terbabit.
“Apa yang berlaku di Arab Saudi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya sambil menuding jari kepada kumpulan Huthi di Yaman atas serangan berkenaan.
Insiden berdarah yang turut menyebabkan 309 lagi cedera itu berlaku di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meruncing di Asia Barat, sekali gus mencetuskan kebimbangan baharu terhadap keselamatan infrastruktur awam utama di rantau terbabit.
Menurut pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi, mangsa yang terbunuh terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga AS, Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan, manakala sebahagian mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan serius.
Setakat ini, pihak berkuasa Arab Saudi bersama sekutu antarabangsa sedang menilai tahap kerosakan serta mempertingkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan lapangan terbang berkenaan. -AFP