
KUALA LUMPUR, 11 Oktober — Beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 1 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
RINGKASAN BERITA AI
- Kawasan Sarawak terlibat: Kapit, Sri Aman, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Kuching, Mukah.
- Amaran di Sabah: Kalabakan (Tawau), Sandakan, Labuk dan Sugut, Paitan serta Pensiangan di kawasan Pedalaman.
- Amaran dikeluarkan apabila intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam dan berlangsung lebih satu jam.
- Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kapit, Sri Aman, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Kuching dan Mukah.
Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Kalabakan di Tawau, Sandakan, Labuk dan Sugut, Paitan serta Pensiangan di kawasan Pedalaman.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.