fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek antara bank kekal stabil susulan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 November- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Sepanjang minggu yang baru berakhir, bank pusat itu melaksanakan operasi setiap hari untuk mengurangkan lebihan kecairan daripada sistem kewangan dengan menjalankan pasaran wang konvensional, repo berbalik, Qard serta tender repo berbalik Islam. 

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional minggu ini menurun kepada RM37.93 bilion daripada RM41.31 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai meningkat kepada RM28.11 bilion daripada RM19.80 bilion.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus setakat 23 Nov. - BERNAMA  

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI