fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil berikutan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun sedikit kepada RM31.14 bilion daripada RM31.37 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam susut kepada RM22.44 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.

Terdahulu hari ini, bank pusat itu menjalankan tender repo berbalik RM1.5 bilion bagi 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat itu menjalankan tender pasaran wang konvensional RM31.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM22.40 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) kekal pada 3.00 peratus pada 28 Mei.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN