fb fb fb fb fb

FDI dari Jepun dijangka melebihi AS$30 bilion dolar - MITI

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun dijangka melebihi AS$30 bilion dolar Amerika, tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia berikutan sektor swasta di kedua-dua negara menyatakan keyakinan terhadap prospek perniagaan tahun ini.

"Kami ingin memastikan kerjasama rapat seperti ini di antara sektor swasta kedua-dua negara bagi mewujudkan persekitaran yang tepat untuk pelaburan kedua-dua negara," kata Zafrul kepada pemberita dalam Perasmian Dialog Ekonomi Malaysia-Jepun di ibu negara.

Tambahnya, Malaysia benar-benar menghargai hubungan ekonomi yang erat dan kukuh dengan Jepun.

Jepun telah menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama lapan tahun berturut-turut sejak 2015.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM