KUALA LUMPUR, 14 Mei- Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengunjurkan, ekonomi negara akan terus berada pada trajektori positif bagi suku pertama 2024.
"Unjuran awal yang diumumkan baru-baru ini, saya jangka tidak banyak beza daripada 3.9 peratus, kalau ada berubah pun, mungkin sekitat empat peratus.
"Angka tersebut jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi sedang berada dalam keadaan yang baik dan mengembang,"katanya.
Jabatan Perangkaan Malaysia; DOSM dalam anggaran awalnya memaklumkan, sektor perkhidmatan akan menjadi pemacu utama ekonomi pada suku pertama tahun ini.
Pertumbuhan positif turut diramal merentasi semua sektor termasuk pembinaan dan pembuatan yang kembali mencatat pemulihan.