fb fb fb fb fb

Anggaran awal KDNK: Suku pertama 2024 diunjur catat 3.9%

Foto DOSM

KUALA LUMPUR, 19 April - Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 3.9 peratus pada suku pertama 2024, berdasarkan anggaran awal diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, prestasi ekonomi pada tempoh tersebut akan dipacu sektor perkhidmatan.

"Sektor itu diunjur meningkat 4.4%, berbanding 4.2% suku sebelumnya disokong subsektor perdagangan borong dan runcit; pengangkutan dan penyimpanan serta perkhidmatan perniagaan.

"Pertumbuhan positif turut diramal merentasi semua sektor termasuk pembinaan yang menunjukkan pertumbuhan signifikan sebanyak 9.8% daripada 3.6% suku sebelumnya," katanya menerusi kenyataan.

Sektor pembuatan dianggar mencatatkan pemulihan 1.9% selepas merekodkan penyusutan 0.3 peratus pada suku keempat 2023.

Manakala sektor pertanian meningkat 1.3 % disumbangkan aktiviti pengeluaran kelapa sawit dan ternakan.

TETITIA YUSOFF