fb fb fb fb fb

AAX keluar pekeliling cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 September- AirAsia X Bhd (AAX) mengeluarkan pekeliling terperinci berkaitan cadangan pengambilalihan bernilai RM6.8 bilion.

Ia membabitkan keseluruhan pegangan kepentingan Capital A Bhd dalam AirAsia Aviation Group Ltd dan AirAsia Bhd.

AAX dalam kenyataan menjelaskan, pekeliling itu bagi tujuan semakan pemegang saham sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa yang dijadualkan 16 Oktober ini.

Cadangan pengambilalihan akan mewujudkan satu kuasa besar penerbangan yang lebih khusus.

Merangkumi tujuh syarikat penerbangan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Sebaik transaksi selesai, kumpulan penerbangan baharu berkenaan akan merangkumi spektrum penuh perkhidmatan perjalanan udara jarak pendek, sederhana serta jauh bagi memanfaatkan permintaan perjalanan yang kian meningkat.

Langkah korporat ini akan mengukuhkan lagi kelebihan daya saing kumpulan syarikat penerbangan terbabit, serta meraih permintaan dalam sektor penerbangan.

Pada masa sama, memberi manfaat kepada pemegang saham.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE