SYDNEY, 15 April - Seorang wanita warga China yang belajar di Australia antara enam dalam kejadian amuk dan tikam di sebuah pusat beli-belah di Sydney pada Sabtu lalu, kata Perdana Menteri Anthony Albanese.
Yixuen Cheng, 27, seorang pelajar ekonomi di Universiti Sydney merupakan mangsa terakhir yang dikenal pasti dalam serangan itu telah kehilangan nyawanya, kata Albanese dalam temu bual radio tempatan.
Sabtu lalu, seorang lelaki berusia 40 tahun menyerang dan menikam enam pengunjung di pusat beli-belah Bondi Mall, Sydney serta mencederakan beberapa yang lain.
Pihak berkuasa Australia mengesahkan lelaki itu dikenal pasti sebagai Joel Cauchi yang disahkan mengalami masalah sakit mental.
Joel yang berasal dari wilayah timur laut Australia, Queensland ditembak mati oleh Inspektor Amy Scott ketika dia sedang mengamuk. - AFP