SYDNEY, 15 April - Penyerang di pusat beli-belah Sydney yang mengorbankan enam orang dan mencederakan beberapa yang lain disahkan mengalami masalah sakit mental.
Lelaki berusia 40 tahun itu dikenal pasti sebagai Joel Cauchi, berasal dari wilayah timur laut Australia, Queensland.
Keluarga Joel mengenalinya dan menghubungi polis pada Sabtu lalu, selepas melihat laporan berita mengenai serangan itu.
"Keluarga suspek ketika melihat rakaman insiden menerusi televisyen, mereka menyangkakan bahawa itu mungkin anak mereka dan mendapatkan pengesahan menghubungi pihak berkuasa," kata Penolong Pesuruhjaya Polis Queensland Roger Lowe.
Keluarga suspek berkata, mereka ternyata kecewa dengan tindakannya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
"Tindakan Joel benar-benar mengerikan, dan kami masih cuba memahami apa yang telah berlaku," menurut keluarga Joel dalam satu kenyataan.
Keluargnya berkata, Joel telah berjuang dengan masalah kesihatan mental sejak dia masih remaja lagi.
'ADEGAN DAHSYAT'
Saksi menceritakan Joel yang memakai seluar pendek dan jersi liga ragbi kebangsaan Australia, berlari melalui pusat membeli-belah Westfield Bondi Junction dengan pisau.
Dia telah menikam enam orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 12 orang sebelum ditembak mati oleh Inspektor Amy Scott ketika Joel sedang mengamuk.
Penolong Pesuruhjaya Polis New South Wales, Anthony Cooke menyifatkan serangan itu merupakan kejadian yang dahsyat.
Joel baru-baru ini berpindah ke Sydney, ibu kota New South Wales, dari negara jiran Queensland.
Dia telah didiagnosis dengan masalah kesihatan mental ketika berusia 17 tahun dan sering berhubung dengan polis dalam tempoh empat hingga lima tahun yang lalu, kata Lowe dari polis Queensland.
Bagaimanapun, Joel tidak pernah ditangkap atau didakwa dengan sebarang kes jenayah di Queensland.
Tambah Lowe, Joel menjalani gaya hidup mewah, namun baru-baru ini dia tidur di dalam keretanya dan jarang berhubung dengan ibunya.
Australia merupakan negara yang mengamalkan undang-undang senjata api dan pisau yang ketat di dunia.
Serangan seperti tikaman pada Sabtu lalu amatlah jarang berlaku di Australia yang mempunyai kira-kira 26 juta penduduk. - REUTERS
Rumusan insiden serangan di Bondi Mall, Sydney:
- Enam yang terkorban, lima daripadanya adalah wanita.
- Satu-satunya mangsa lelaki yang dibunuh oleh Joel dalam serangan tersebut adalah seorang pengawal keselamatan pusat beli-belah.
- Seorang bayi berusia 9 bulan cedera menjalani rawatan kecemasan di hospital.
- Perdana Menteri Australia Anthony Albanese serangan bukan bermotifkan sebarang ideologi keganasan
- Australia mempunyai undang-undang senjata api dan pisau yang ketat
- REUTERS