YANGON, 20 November - Lebih 350 warga asing ditahan bersama hampir 10,000 ribu telefon bimbit dipercayai digunakan ketika melakukan kegiatan perjudian dalam talian.
Serbuan tentera Myanmar di hab penipuan dalam talian berhampiran sempadan Thailand itu bagi mengekang rangkaian pusat jenayah yang semakin berkembang.
Media tempatan, The Global New Light of Myanmar melaporkan serbuan di pusat perjudian dan penipuan dalam talian, Shwe Kokko dilakukan pada Selasa, dengan beberapa hab penipuan lain dijangka menunggu masa untuk diserbu dan dimusnahkan.
Hab berkenaan menyasarkan pengguna internet menerusi penipuan cinta dan perniagaan yang meraih keuntungan berpuluh bilion dolar, setiap tahun.
Sebelum ini, Junta Myanmar dituduh 'menutup mata' terhadap operasi haram itu tetapi memulakan tindakan membanteras kegiatan berkenaan, sejak Februari lepas.
Bagaimanapun, pemerhati menyifatkan tindakan tentera Myambar itu lebih kepada propaganda, bagi meredakan tekanan Beijing. - AFP