fb fb fb fb fb

Presiden Donald Trump tandatangan undang-undang fail Epstein

Jabatan Kehakiman wajib mendedahkan semua rekod / Foto AFP

WASHINGTON, 20 September - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani undang-undang yang mendedahkan semua rekod berkaitan kes pesalah seks, Jeffrey Epstein.

Perkara mengenainya dimaklumkan menerusi hantaran di platform Truth Social.

"Saya baru menandatangani undang-undang untuk mendedahkan fail Epstein,"katanya.

Rang undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Perwakilan, pada Selasa sebelum diluluskan Senat pada Rabu.

Menerusi undang-undang berkenaan, Jabatan Kehakiman diwajib mendedahkan semua rekod siasatan, pendakwaan serta tahanan berkaitan Epstein dan bekas rakannya, Ghislaine Maxwell dalam tempoh 30 hari selepas dikuat kuasakan.

Epstein merupakan seorang jutawan dengan rangkaian kenalan berprofil tinggi, melakukan penderaan seksual serta pemerdagangan manusia membabitkan wanita dan kanak-kanak selama bertahun-tahun.

Dia meninggal dunia di sebuah penjara New York pada 2019 dan pihak berkuasa merumuskan sebagai bunuh diri. -AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN