fb fb fb fb fb

Amerika 'berusaha' tamatkan konflik di Sudan

Amerika berusaha stabilkan konflik bersama kuasa serantau / Foto AFP

WASHINGTON, 20 November - Amerika Syarikat akan berusaha menamatkan konflik yang berlarutan di Sudan atas permintaan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

Presiden Donald Trump berkata konflik di Sudan, tiada dalam perancangannya untuk terlibat.

"Putera Mahkota mahu saya berusaha 'menstabilkan' konflik berkenaan bersama kuasa serantau termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Saya rasa sesuatu yang rumit, tetapi konflik berkenaan penting bagi Putera Mahkota," katanya pada Forum Pelaburan Saudi-Amerika Syarikat sehari selepas meraikan Putera Mahkota di White House.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berulang kali menyeru dunia memberi perhatian lebih besar terhadap konflik berkenaan yang telah mengorbankan puluhan ribu nyawa serta memaksa hampir 12 juta individu meninggalkan kediaman sejak April 2023.

RSF setakat ini telah menguasai kesemua lima negeri di Darfur, barat Sudan, manakala pasukan tentera mengawal sebahagian besar 13 negeri lain di selatan, utara, timur dan tengah, termasuk ibu negara Khartoum. - AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN