fb fb fb fb fb

Angka korban tanah runtuh di Sulawesi kini cecah 19 orang

Pasukan kecemasan berdepan tugasan rumit apabila terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca yang buruk/Foto AFP

JAKARTA, 15 April - Sekurang-kurangnya 19 terkorban manakala dua lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di daerah Tana Toraja, wilayah Sulawesi selatan pada petang Sabtu lalu.

Menurut ketua agensi bencana tempatan, Sulaiman Malia mangsa yang maut dan dua yang terselamat telah dipindahkan dari dua kampung yang dilanda tanah runtuh.

Dilaporkan kejadian itu meragut empat nyawa di Makale Selatan dan 15 lagi di Kampung Makale yang terletak di kawasan terpencil dan berbukit.

"Buat masa ini, kami masih mencari mangsa lain," tambah beliau, sambil menambah bahawa masih ada dua individu yang dilaporkan hilang, yang dipercayai tertimbus di bawah sisa runtuhan.

Ujarnya, daerah Tan Toraja dan kawasan sekitarnya dilanda hujan lebat tanpa henti sejak minggu lalu.

Hujan lebat itu telah mengakibatkan hakisan tanah di kawasan perumahan yang terletak di cerun gunung itu.

Indonesia berdepan risiko kepada tanah runtuh setiap kali musim hujan lebat.

Ia diburukkan lagi dengan aktiviti pembalakan sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Pada bulan lalu sahaja, banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang dengan puluhan lain masih belum dijumpai.

Tanah runtuh dan banjir turut menghanyutkan puluhan rumah selain memusnahkan sebuah hotel dekat Danau Toba di Sumatera pada bulan Disember.

Kejadin itu meragut sekurang-kurangnya dua nyawa penduduk setempat - AFP

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN