fb fb fb fb fb

Enam maut termasuk kanak-kanak ditikam di pusat beli-belah

Pegawai polis dan pekerja perkhidmatan kecemasan dilihat di Bondi Junction selepas beberapa orang ditikam di dalam pusat beli-belah pinggir timur di Sydney, Australia/Foto AFP

SYDNEY, 13 April - Angka kematian insiden tikaman di sebuah pusat beli-belah yang sesak dengan orang ramai di Bondi Junction, Sydney, hari ini, meningkat kepada enam orang termasuk seorang kanak-kanak.

Manakala beberapa yang lain cedera termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan sedang menjalani pembedahan kecemasan.

Mangsa keenam adalah ibu kepada kanak-kanak yang masih dirawat di hospital dengan kesan tikaman.

Pesuruhjaya Polis New South Wales, Karen Webb berkata, lima wanita dan seorang lelaki telah meninggal dunia.

Polis berkata penyerang itu dipercayai seorang lelaki berusia 40 tahun yang masih belum dikenal pasti

Penyerang telah ditembak mati di tempat kejadian oleh seorang polis wanita kanan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN