fb fb fb fb fb

PM Australia sifatkan serangan tikaman di pusat-belah sangat dahsyat

Polis mengepung pusat beli-belah Westfield Bondi Junction selepas insiden tikaman di Sydney, hari ini/Foto AFP

SYDNEY, 13 April - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese terkejut dengan insiden tikaman yang mengorbankan enam orang di sebuah pusat beli-belah Sydney yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu.

"Untuk kami semua pada malam ini, kejadian di Bondi Junction merupakan insiden yang sangat dahsyat dan tidak terkata," katanya.

Dalam kejadian itu angka korban serangan tikaman lelaki bersenjata meningkat kepada enam orang termasuk seorang kanak-kanak.

Manakala beberapa yang lain cedera termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan sedang menjalani pembedahan kecemasan.

Polis berkata penyerang itu dipercayai seorang lelaki berusia 40 tahun yang masih belum dikenal pasti.

Penyerang telah ditembak mati di tempat kejadian oleh seorang polis wanita kanan. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN