MOSCOW, 28 Disember- Syarikat penerbangan nasional, Turkmenistan Airlines akan menggantung penerbangan berjadual antara ibu negara Ashgabat dan Moscow.
Menurut Agensi Berita Rusia (TASS), penggantungan selama sebulan itu dijadualkan bermula pada 30 Disember ini.
Keputusan itu dibuat selepas nahas tragik melibatkan pesawat milik Azerbaijan Airlines di Kazakhstan berhampiran bandar Aktau, baru-baru ini.
Kejadian itu telah meragut nyawa 38 daripada 67 penumpang yang berada dalam pesawat tersebut.
BERITA BERKAITAN: