fb fb fb fb fb

Enam maut, bas bertembung kereta api di Lagos

(Kerja-kerja membawa keluar bas awam dari landasan kereta api dengan kren
selepas terlibat nahas di Lagos pada 9 Mac 2023/Reuters)

LAGOS, 10 Mac- Enam orang maut dan lebih 80 penumpang cedera dalam nahas sebuah bas awam yang bertembung dengan sebuah kereta api di Nigeria pada Khamis.

Bas terbabit yang mampu memuatkan kira-kira 40 penumpang pada kapasiti penuh, dan sehingga 100 orang jika berdiri, terbabit kemalangan selepas dipercayai melanggar lampu isyarat merah di landasan kereta api di sini, bandar terbesar di negara berkenaan.

"Dua maut di tempat kejadian, manakala empat lagi meninggal dunia di hospital," Babajide Sanwo-olu, Gabenor Lagos.

Penyelaras zon dari Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Ibrahim Farinloye berkata, sekurang-kurangnya 84 mangsa dikejarkan ke Hospital Pendidikan Universiti Negeri Lagos di Ikeja untuk rawatan. 

Sementara itu, Menteri Penerbangan, Hadi Sirika dalam satu kenyataan berkata, beliau telah mengarahkan agensi penyiasatan keselamatan negara menyiasat kemalangan berkenaan. -Reuters 

(Sebuah bas awam bertembung dengan sebuah kereta api di Lagos
pada 9 Mac 2023/Reuters)

Media Baharu