MILAN, 3 Ogos- Pengeluar kereta mewah Itali Ferrari menaikkan sasaran kewangannya untuk tahun 2022 selepas mencatatkan rekod baharu pada tempahan pada suku kedua tahun ini.
Firma ikonik itu menghantar sejumlah 3,455 kereta ke seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan kedua 2022, meningkat 28.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut satu kenyataan.
"Kualiti enam bulan pertama dan keteguhan perniagaan itu membolehkan kami menyemak semula sasaran 2022,” kata ketua eksekutif Benedetto Vigna.
"Juga tempahan bersih mencapai tahap rekod baharu pada suku tersebut."
Jumlah dagangan melonjak 24.9 peratus kepada 1.29 bilion euro (AS$1.3 bilion), manakala keuntungan bersih meningkat 22 peratus kepada 251 juta euro.
Untuk 2022, kumpulan itu menyasarkan pendapatan sebanyak 4.9 bilion euro, berbanding 4.8 bilion sebelumnya.
Eropah, Timur Tengah dan Afrika kekal sebagai pasaran terbesar Ferrari pada suku kedua, walaupun penghantaran meningkat 116 peratus di wilayah China, Hong Kong dan Taiwan. -AFP
FOTO HIASAN