fb fb fb fb fb

Tentera Rusia pintas, musnahkan 144 dron Ukraine

Foto fail/Reuters

MOSCOW, 10 September - Pasukan Rusia memintas dan memusnahkan 144 dron Ukraine di sembilan wilayah negara itu pada Selasa, menurut Kementerian Pertahanan Rusia, lapor Xinhua.

Sebanyak 72 dron dimusnahkan di wilayah Bryansk, 20 di wilayah Moscow dan 14 di wilayah Kursk, menurut kementerian itu.

Pada waktu malam, bangunan pangsapuri di daerah Ramenskoye di wilayah Moscow mengalami kerosakan akibat serangan dron, menurut gabenor wilayah Moscow, Andrey Vorobyev.

Menurut maklumat awal, seorang wanita meninggal dunia, tiga mangsa dimasukkan ke hospital, dan 43 orang ditempatkan di pusat perlindungan sementara susulan serangan itu.

Kementerian itu menambah 13 dron dimusnahkan di wilayah Tula, lapan di wilayah Belgorod, tujuh di wilayah Kaluga, lima di wilayah Voronezh, empat di wilayah Lipetsk, dan satu di wilayah Oryol. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF