fb fb fb fb fb

"Tekanan, ancaman AS tidak akan selesaikan isu perdagangan"– China

He Yongqian/ REUTERS

BEIJING, 11 April– Tekanan dan ancaman dari Amerika Syarikat (AS) tidak akan menyelesaikan pertikaian perdagangan antara China dan AS, kata Kementerian Perdagangan China pada Khamis sambil menggesa kedua-dua pihak kembali ke meja rundingan secara adil.

Jurucakap kementerian, He Yongqian berkata dalam sidang media bahawa China kekal terbuka untuk berunding, namun perbincangan itu mestilah berlandaskan saling menghormati dan dilakukan secara setara.

"AS mengenakan tarif terhadap semua rakan dagangnya termasuk China atas pelbagai alasan. Tindakan ini jelas melanggar peraturan antarabangsa serta mencabuli prinsip keadilan dan kesaksamaan.

"Kerajaan China bersama ekonomi lain di dunia mengecam keras dan membantah tindakan ini. Taktik tekanan dan ancaman AS tidak akan menyelesaikan pertikaian ini. Sebaliknya, AS sepatutnya kembali kepada rundingan yang adil.

"China juga telah dan akan terus mengambil langkah balas tegas bagi mempertahankan kedaulatan, keselamatan serta kepentingan pembangunan negaranya,” tegasnya.- REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM