fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.0 skala richter landa Myanmar

Foto Hiasan

YANGON, 11 April- Gempa bumi berukuran 5.0 skala Richter melanda kawasan tengah Myanmar kira-kira 10.59 pagi waktu tempatan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi (DMH) negara itu.

Menurut laporan, pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira lima batu ke tenggara bandar Wundwin di wilayah Mandalay.- BERNAMA-XINHUA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM