fb fb fb fb fb

Taufan Doksuri: 11 maut, 27 hilang di China

(Pemandu kereta terperangkap dalam banjir diselamatkan di utara China, semalam)

MENTOUGOU, 1 Ogos- Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 27 lagi hilang di wilayah Beijing, China selepas dibadai hujan lebat serta lumpur susulan Taufan Doksuri, hari ini.

Hujan lebat mula melanda Bejing dan kawasan sekitarnya sejak Sabtu lalu dengan hampir menyamai purata hujan pada Julai lepas hanya dalam tempoh 40 jam sahaja.

Dua yang terkorban adalah anggota penyelamat yang maut ketika membantu mangsa bencana.

Sementara itu, lebih 100,000 orang di seluruh bandar wilayah terbabit dipindahkan ke lokasi selamat dengan tebing sungai daerah sini menjadi antara kawasan paling teruk terjejas.

China Central Television (CCTV) memetik Presiden Xi Jinping sebagai berkata, beliau menyeru agar segala usaha digerakkan untuk menyelamatkan mangsa yang hilang atau terperangkap.

"Pihak berkuasa tempatan mesti melakukan kerja yang baik dalam merawat mangsa dan menenangkan keluarga mangsa korban serta meminimumkan kemalangan jiwa.

"Penduduk terjejas juga perlu dipindahkan dengan berhati-hati serta pihak berkuasa perlu bekerja pantas membaiki infrastruktur pengangkutan, komunikasi, elektrik yang rosak agar kehidupan penduduk dapat kembali seperti biasa," katanya

Selain Beijing, beberapa wilayah lain seperti Fujian dan Hebei turut terjejas dengan Dokusi.

Isnin lalu, media tempatan menyiarkan rakaman adegan huru-hara di dalam sebuah kereta api berkelajuan tinggi yang terkandas selama hampir 30 jam, dengan penumpang mengadu kehabisan makanan dan air.

Doksuri melakukan 'perjalanannya' ke negara itu selepas membadai Filipina minggu lalu dengan membunuh sekurang-kurangnya enam nyawa.

China juga ketika ini sedang bersedia untuk ketibaan taufan lain dikenali Khanun yang kini sedang membadai Jepun. -AFP

(Kereta hanyut dalam banjir di utara China, semalam)

Berita berkaitan:
Enam maut 'angkara' Taufan Doksuri di Filipina
Taufan Doksuri landa China, lebih 800,000 penduduk terjejas
Doksuri taufan paling kuat landa China

Media Baharu