fb fb fb fb fb

Lima kes Aung San Suu Kyi diampunkan - media kerajaan

YANGON, 1 Ogos- Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi telah diberi pengampunan untuk lima kes melibatkan jenayah, walaupun dia masih berdepan dengan 14 kes lain, kata media kerajaan pada Selasa.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada pengampunan lebih 7,000 banduan untuk hari istimewa bagi penganut Buddha.

"Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri mengampuni Daw Aung San Suu Kyi, yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah," kata siaran itu.

Suu Kyi, telah ditahan sejak dia digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2021, dijatuhi hukuman penjara 33 tahun atas dakwaan termasuk rasuah, memiliki walkie-talkie haram dan melanggar sekatan COVID-19.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu rampasan kuasa itu menyebabkan lebih satu juta orang kehilangan tempat tinggal di negara Asia Tenggara itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Suu Kyi telah diampunkan dalam lima kes namun masih berdepan berdepan 14 kes yang lain.

Menurut sumber undang-undang "dia tidak boleh dibebaskan sepenuhnya walaupun beberapa hukuman terhadapnya telah diampunkan. Dia masih perlu menghadapi 14 kes. Hanya lima kes daripada 19 yang diampunkan."

Suu Kyi hanya dilihat sekali sahaja sejak dia ditahan selepas pertuduhan pada 1 Februari 2021. Dia dilihat dalam gambar media kerajaan dari bilik mahkamah di ibu negara yang dibina oleh tentera Naypyidaw.

Minggu lepas seorang pegawai darip politik Suu Kyi berkata, bekas pemimpin itu telah dipindahkan dari penjara ke bangunan kerajaan.

Myanmar kerap memberikan pengampunan kepada beribu-ribu banduan untuk memperingati hari cuti atau tarikh istimewa Buddha.- AFP

(Foto fail Aung San Suu Kyi/AFP)

Media Baharu