fb fb fb fb fb

Fenomena El Nino mungkin kekal untuk beberapa minggu

SYDNEY, 1 Ogos- Biro cuaca Australia berkata fenomena El Nino berkemungkinan kekal dalam beberapa minggu akan datang. Perkara itu boleh membawa cuaca lebih panas dan kering.

El Nino disebabkan oleh suhu permukaan laut yang tinggi di timur dan tengah Lautan Pasifik dan ia dikaitkan dengan fenomena cuaca ekstrem, daripada kawasan atmosfera bertekanan rendah (siklon) tropika yang membawa kepada hujan lebat dan kemarau yang panjang.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia berkata bulan lalu kemunculan corak cuaca telah dikenal pasti di kawasan tropika lautan Pasifik buat kali pertama dalam tempoh tujuh tahun.

Biro Meteorologi Australia (BOM) berkata dalam satu kenyataan, amaran cuaca dikekalkan berikutan fenomena itu.

"Fenomena El Nino telah meningkat kira-kira 70% dan amaran kepada perkara itu telah dikeluarkan," katanya.

El Nino biasanya menghalang penerimaan hujan di timur Australia, yang boleh menjejaskan kepada tanaman gandum di rantau itu.- REUTERS

(Sydney Opera House semasa keadaan cuaca mendung dan hujan di Sydney/REUTERS)

Media Baharu